Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan

Rabu, 12 Februari 2014

Pelik Lelaki Ini Bersyukur Kerana Mati Pucuk

22 September 2012

 

Mahkamah Sesyen Ipoh membebaskan seorang tukang urut berusia 65 tahun dari tuduhan merogol anak tirinya yang berusia 13 tahun pada Januari 2011 di sebuah rumah Jalan Changkat Jong. Beliau yang berasal dari Manjoi Baru Tambahan Ipoh di bebaskan kerana pihak pembela berjaya membuktikan melalui satu laporan perubatan yang mengesahkan tertuduh tidak berdaya melakukan hubungan sex atau persetubuhan.Dalam lain perkataan mangsa menghadapi masaalah mati pucuk.
Sebaik mendengar keputusan yang dibacakan oleh Hakim Adli Abdul Ghalib mangsa terus menadah tangan sambil melaungkan ‘YAA Allah’ dan kemudian mencium lantai mahkamah tanda bersyukur kerana dibebaskan. Jika sabit kesalahan beliau boleh dipenjara tidak kurang dari 6 tahun serta tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.
 Dalam wajah kegembiraan beliau mengucapkan terima kasih kepada peguambela dan semua ahli keluarga dan rakan kerana memberi semangat dan kekuatan mental. Beliau berjanji akan memulakan hidup baru sambil memeluk isteri tersayang.
Di sebalik kegirangan ini mungkin beliau terlupa bahawa yang membebaskan beliau adalah kerana beliau mati pucuk bukannya peguambela. Pada hakikatnya tidak ada lelaki di dalam dunia ini akan bergembira kerana mereka mati pucuk. Mereka akan berusaha dengan apa cara sekali pun sehingga berbelanja ratusan ringgit untuk memulihkan kejantanan mereka. Dalam masa yang sama tidak ada juga isteri yang bergembira apabila mengetahui suaminya mati pucuk.
Kelazimannya lelaki Melayu akan mencari tukang urut walaupun yang mengurut itu megarut dibuktikan dengan kes ini apabila tukang urut juga mati pucuk.  Beliau mungkin boleh bergembira kerana terlepas hukuman dan mengahabiskan sisa-sisa hidup dengan berumur 65 tahun tetapi bagaimana kesan trauma anak tiri nya yang kini baru berumur 14 tahun untuk meneruskan kehidupan bersama suami yang tidak mati pucuk.
 sumber
Read More..

Selasa, 24 Desember 2013

Liyana Jasmay Terpaksa Berehat Kerana Hamil


PELAKON Liyana Jasmay yang sedang hamil empat bulan akan berehat seketika daripada dunia lakonan sehingga dia selamat bersalin yang dijangka pada pada Mei 2014.

Liyana, 25, bagaimanapun berkata, dia hanya akan memberi fokus kepada beberapa promosi filem lakonannya yang bakal ditayangkan pada awal tahun hadapan.

“Lakonan buat masa ini memang saya tidak akan buat dan hanya akan menghadirkan diri untuk aktiviti promosi filem sahaja jika dijemput.

“Bagaimanapun kerja-kerja belakang tabir dan menguruskan syarikat iaitu Mermaid Studios akan dilakukan seperti biasa,” katanya kepada mStar Online.

Liyana dan Fathuddin Mazlan mendirikan rumah tangga pada 2 Februari 2013.

Dalam pada itu, Liyana berkata, dia mengalami alahan teruk pada tiga bulan pertama kandungannya namun keadaan itu sudah beransur pulih.

Jelas Liyana, suaminya adalah orang yang paling bimbang dengan situasi itu dan sentiasa berada di sisinya apabila memerlukan.

“Saya beruntung ada suami macam Fathuddin kerana dia prihatin tentang saya dan melayan saya bagaikan seorang puteri,” ujarnya.

Sementara itu, Liyana mengakui dia bimbang berat badannya tidak meningkat seperti kebanyakan wanita hamil lain walaupun kandungannya semakin membesar.

Tambah Liyana, dia ada bertanyakan perkara itu kepada doktor dan berasa lega selepas diberitahu perkara itu adalah normal.

“Berat badan saya hanya bertambah dua kilogram sahaja pada peringkat ini dan saya risau kerana kebiasaannya perempuan hamil badan mereka akan meningkat.

“Saya bimbang keadaan itu akan memberi kesan kepada kandungan saya namun mujur doktor mengatakan keadaan saya sihat dan normal,” katanya yang tidak kisah akan jantina anak yang bakal dilahirkan nanti. – mStar
Read More..

Jumat, 20 Desember 2013

Hotel Disaman Kerana Pepijat

Tidak dapat tidur malam dengan selesa akibat digigit pepijat menyebabkan dua orang wanita dari Switzerland menyaman sebuah hotel di Manhattan.


Gambar hiasan

Ksenija Knezevic dari Zurich dan Marlies Barisic yang berasal dari Kreuzlingen berkata, pepijat itu mula menyerang mereka pada malam pertama mereka tidur di Hotel Pennsylvania.

Kedua-dua mereka yang berusia awal 30-an telah menyerahkan tuntutan saman ke Mahkamah Tinggi Manhattan atas dakwaan mereka mengalami kesan parut akibat digigit serangga itu dibahagian perut, lengan dan kaki.

Malah, peguan kedua-dua wanita itu, Alberto Ebanks berkata, mereka juga telah digigit dipipi dan leher yang akan meninggalkan kesan parut akibat digigit serangga itu.
Read More..