Tampilkan postingan dengan label lagi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lagi. Tampilkan semua postingan

Senin, 11 Agustus 2014

MCA bukan lagi parti harapan masyarakat Cina

Harakahdaily 

Hazayani Zakaria, 13 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Keputusan MCA menyerahkan banyak kerusi tradisi yang ditandingi parti itu kepada Umno menunjukkan parti itu tidak boleh mewakili masyarakat Cina lagi.

Penyerahan itu juga menjadikan gabungan BN lompang satu sisi apabila penguasaan MCA dalam komponen itu semakin lemah dan dilihat bukan lagi parti untuk semua kaum.

Kelemahan itu lebih ketara apabila presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sendiri tidak dicalonkan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat Vincent Lee berkata, seperti ada yang tidak kena apabila presiden MCA sendiri tidak bertanding pada PRU yang amat penting bagi MCA dan BN.

"Sesuatu perkara yang agak pelik apabila MCA yang merupakan parti komponen BN yang mewakili masyarakat Cina, tapi presidennya tidak bertanding.

"Adakah MCA tidak percaya lagi pada Soi Lek dan takut beliau akan kalah atau Soi Lek sendiri tidak yakin beliau akan menang? Jadi ini petanda apa? katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib sebelum ini berkata, calon BN yang akan dipilih pada PRU13 ini hanya yang berstatus  winnable candidate.

Beberapa pendedahan di internet juga melaporkan beberapa lagi nama besar dalam BN tidak akan bertanding pada pilihan raya kali ini kerana mereka bukan dalam kategori boleh menang yang disyaratkan Najib.

Desas-desus juga menyebut MCA akan memberi beberapa kerusi taradisi termasuk kerusi parlimen Kuantan, Wangsa Maju dan juga Gelang Patah kepada Umno pada PRU13 ini.

Justeru tegas Vincent, perkembangan ini membuktikan masyarakat Cina tidak boleh lagi mengharapkan MCA mewakili mereka.
"MCA sendiri hilang kepercayaan kepada presidennya dan mungkin bagi BN sendiri, MCA tidak lagi memberikan kepentingan kepada gabungan tersebut dan BN sudah tidak menaruh keparcayaan kepada masa depan MCA," katanya.

Sebelum ini, MCA juga telah bertubi-tubi menyerang perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai Islam dan PAS, sebagai satu usaha terbesarnya untuk mendapat kembali sokongan kaum Tiong Hua, yang telah menyisihkan parti tersebut pada 2008.
Read More..

Sabtu, 15 Februari 2014

Lagi provokasi Israel sekat dana Palestin

sinarharian
2 Disember 2012
Benjamin Netanyahu
Benjamin Netanyahu
TEL AVIV - Israel mengumumkan untuk menyekat lebih AS$100 juta (RM304 juta) bayaran cukai dan dana lain yang dikumpulkan oleh mereka bagi pihak Palestin.
Sekatan itu diputuskan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bersama menteri Kabinet semasa mesyuarat mingguan di Tel Aviv, semalam. (ahad)

Tindakan itu diambil kononnya sebagai hukuman ke atas Palestin di atas kejayaan mereka menaik taraf status kepada negara pemerhati bukan anggota di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis lalu.
Kabinet turut meluluskan resolusi yang menyebut bahawa Israel tidak akan berunding terhadap dasar PBB yang akan mengiktiraf Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Genting Gaza sebagai negara Palestin, lapor AP

Dalam satu kenyataan, Menteri Kewangan Yuval Steinitz berkata, kerajaan akan menggunakan wang yang sepatutnya dipindahkan kepada Palestin itu untuk membayar hutang di dalam negara.
Difahamkan, ini adalah serangan balas kedua yang diambil oleh Israel selepas mereka mengumumkan rancangan untuk membina penempatan haram Yahudi termasuk pelan pembangunan di kawasan strategik di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Read More..

Minggu, 09 Februari 2014

Tomok Kongsi Lagi Video Comel Anaknya

Tomok Kongsi Lagi Video Comel Anaknya

Selepas video Keek pertama Tomok bersama anaknya, Arrian Shah Akid menjadi fenomena disebabkan kecomelan anak lelakinya itu, kali ini Tomok berkongsi lagi videonya berduet bersama Arrian menerusi lagu berhantu kumpulan New Boyz, Sejarah Mungkin Berulang.
Arrian merupakan cahaya mata sulung tinjauan perkongsian hidup penyanyi bernama sebenar Shah Indrawan Ismail bersama isterinya Rahayu Abas.
Tomok berkongsi video itu kepada pengikut akaun Keeknya yang kini mencecah 43,862 orang pengikut.
Dalam video terbarunya, Tomok bermain piano sambil ditemani Arrian dengan keletah comelnya yang nyata memikat hati semua orang yang melihatnya.
Jom layan dulu video Tomok dan Arrian ini ya!
SUMBER


duet dengan #Arrian…sejarah mungkin berulang…;)

Read More..