Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan
Rabu, 25 Desember 2013
Isma bersama Umno serang PAS
| Harakahdaily, | 05 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Ketika Utusan Malaysia dan lain-lain media Umno menyerang PAS melalui Amanat Haji Hadi, pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) juga mengambil sikap yang sama.Pertubuhan itu melalui Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan mendakwa amanat ini telah menjadi punca orang ramai menjatuhkan hukuman murtad tanpa melalui proses mahkamah.
Sehubungan itu, Abdullah meminta Ustaz Hadi menarik balik amanatnya itu.
Padahal isu ini hanya dimainkan oleh Umno untuk menutup kelemahan mereka dengan memainkan isu yang sudah 31 tahun berlalu. Ia menjadi modal Umno setiap kali pilihan raya tetapi apabila dicabar untuk berdebat, Umno akan mencari pelbagai helah.
Isu amanat ini timbul pada tahun 1981 ketika PAS sedang bangkit dari kehancuran selepas ditendang keluar dari BN.
(Amanat ini hanya disebarkan oleh sesetengah ahli PAS yang taksub dan tidak pernah disebarkan oleh PAS sendiri secara rasmi)
Ketika itu, pimpinan PAS membina ahlinya dengan menanamkan aqidah dan menetapkan batas-batas imam dan kufur di kalangan mereka.
Dengan asas yang dibina itulah lahirnya PAS kini sebagai sebuah jamaah dan parti politik Islam yang disegani dalam dan luar negeri.
Di tahun-tahun awal isu ini dibangkitkan Umno, PAS mengajak Umno berdebat mengenainya iaitu menjelang pilihan raya umum 1986.
Tajuk debat yang dicadangkan pada tahun 1985 itu telah ditetapkan Umno iaitu "PAS dakwa Umno kafir".
PAS telah menetapkan penal dipihaknya iaitu Ustaz Abdul Hadi sendiri, Datuk Harun Taib dan Ustaz Nakhaie Ahmad.
Wakil Umno pula ialah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Datuk Sri Anwar dan Ustaz Ibrahim Azmi.
Selepas dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan terasa mereka tidak akan menang, Majlis Raja-raja telah membuat arahan agar debat itu dibatalkan di saat-saat akhir.
Kini, menjelang pilihanraya ke 13 dan selepas nama Ustaz Hadi dicadang sebagai calon PM oleh beberapa perwakilan muktamar PAS, sekali lagi isu ini dimainkan Umno.
Yang sedihnya, sebuah pertubuhan Islam bernama Isma turut serta bertenggek atas isu yang sudah basi dan sudah lama selesai ini.
"Jika Isma merasakan isu ini penting pun adalah kerana pemimpinnya berasal dari Besut yang turut terkesan dari fenomena takfir ini di sana.
"Namun apa yang berlaku di Besut bukan pandangan dan sikap umum PAS. Sebab itu hampir kesemua tokoh PAS Besut yang terlibat dalam isu ini sudah keluar dari PAS dan menyertai Umno.
"Begitu juga di Kelantan. Tokoh yang memainkan isu kafir mengkafir ini sudah menyertai Umno kerana ia tidak bersama dengan sikap pimpinan PAS," kata seorang pengkaji sejarah dari Terengganu kepada Harakahdaily.
Oleh itu, bagi beliau, tindakan Isma yang mengangkat isu ini dan menyerang sesama jamaah Islam dengan isu ini akan menimbulkan fitnah kepada badan itu sendiri.
Sabtu, 21 Desember 2013
Shahidan PAS Perlu Akui Kejayaan SPR

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mahu pihak PAS mengakui kejayaan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menjalankan proses pilihan raya dengan telus dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.
Ketika ditemui di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini, Shahidan memberitahu Bernama, pada muktamar PAS yang berakhir semalam, walaupun jumlah perwakilan yang layak mengundi hanya 1,139 orang, Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS telah melakukan kesilapan apabila terdapat nama calon yang tercicir daripada kertas undi.
“Akibat daripada itu, proses pengundian ahli jawatankuasa PAS dihentikan serta-merta dan ditunda pada hari seterusnya,” katanya.
Menurut Shahidan lagi, pihak pembangkang yang begitu lantang menuduh SPR melakukan penipuan gagal membuktikan mereka boleh menjalankan proses pemilihan dengan lebih telus tanpa sebarang masalah.
“Kini mereka tahu sebenarnya kerja SPR bukan mudah dan dengan lebih 13 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi pada PRU13 yang lalu, saya puji kejayaan SPR yang telah menjalankan tugas mereka dengan jayanya,” katanya.
Sementara itu, Shahidan turut menegur pihak media dan blogger yang banyak menyebarkan pembohongan oleh pihak pembangkang namun tidak melaporkan fakta dan bukti yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.
“Segala pembohongan dan kenyataan tidak berasas oleh pembangkang dianggap berita namun apabila pihak kerajaan mengeluarkan kenyataan berasaskan fakta dan bukti yang jelas, tiada pihak yang melaporkannya,” katanya.
Shahidan mahu semua pihak terutama media yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat serta perbahasan yang berlangsung di Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya melakukan “check and balance” dalam laporan mereka.
“Kita lihat sekarang pemberitaan di Parlimen kini hanya mengambil kira pendapat seorang atau dua ahli parlimen sahaja dan itu sudah cukup bagi mereka menyatakan ia adalah pendapat semua ahli parlimen,” katanya.
Menurut Shahidan lagi, keadaaan ini amat bahaya kerana ia boleh mencetuskan keadaan huru-hara dan panik di kalangan rakyat yang mungkin keliru dengan laporan yang tidak lengkap atau tidak tepat itu. – BERNAMA
Langganan:
Postingan (Atom)